Rabu, 9 September 2009

Projek sakit dan terbengkalai di Port Dickson

NAIKTARAF JALAN PORT DICKSON PASIR PANJANG

Projek Penglebaran dan Menaiktaraf Jalan Port Dickson ke Pasir Panjang telah lama terbiar, terbengkalai. Ciri-ciri keselamatan tidak mengikut piawaian dalam kontrak. Kemalangan sering berlaku dan adakalanya mengakibatkan kematian. Pengguna-pengguna jalan tersebut terpaksa mangambil risiko tiap-tiap kali menggunakannya, terutamanya di waktu malam.
Artikel penuh di sini http://telokkemang.blogspot.com/2009/07/jejak-ap-pantau-rmk-9.html


MASALAH RAKYAT DI RUMAH RAKYAT TELOK KEMANG


Masalah berlarutan yang dihadapi penduduk di kawasan ini ialah berhubung dengan projek menaiktaraf Laluan Persekutuan 5 dari Pasir Panjang ke Linggi (Seksyen 2) sebuah Projek Kerajaan Barisan Nasional yang telah terbengkalai lebih dari 5 tahun serta kerja-kerja menggantikan paip air oleh Jabatan Bekalan Air NSDK yang didapati betul-betul berada tidak sampai 10 meter dari pintu masuk rumah penduduk.
Artikel penuh di sini http://telokkemang.blogspot.com/2008/12/lawatan-mengejut-ke-rumah-rakyat-pasir.html

KEKOTORAN PANTAI PORT DICKSON

Blue Lagoon Kini Bertukar Jadi Black Lagoon?
Pantai Blue Lagoon di Tanjung Tuan (sebelum ini dikenali sebagai Cape Recardo), pantai peranginan termasyhur yang sering diperkatakan para pelancong dalam dan luar negara suatu ketika dahulu, kini menghadapi pencemaran yang cukup menyedihkan.


Selain itu, pencemaran ini turut berpunca dari jenayah alam sekitar yang dilakukan dalam projek Pembangunan Semula Kem Segenting Bagi Kegunaan Kolej Tentera Darat di Pantai Segenting yang letaknya hanya kira-kira 500 meter dari kawasan Blue Lagoon.
Artikel penuh di sini http://telokkemang.blogspot.com/2008/11/blue-lagoon-kini-bertukar-jadi-black.html

PASAR BESAR & PUSAT PELANCONGAN PORT DICKSON YANG TERBIAR


Menjijikan.. longkang di pasar



Gerai-gerai di bahagian atas Pasar Besar Port Dickson yang terbiar kosong.

Projek Gajah Putih.. Pusat Penerangan Pelancongan PD di Terminal Bas PD.. Indah di luar tetapi terbiar.. Tanpa seorang pun petugas dan langsung tanpa sebarang risalah pelancongan..

Pusat Penerangan Pelancongan Pantai Telok Kemang.

Mengecewakan.. Pusat Penerangan Pelancongan Pantai Telok Kemang.. Berkunci.. Tiada petugas.. ke mana halatuju dalam menguruskan hartabenda milik pembayar cukai?



Sekitar tapak perkhemahan Pantai Telok Kemang yang dibiarkan tanpa penjagaan..


Gerai-gerai terbiar kosong..

Artikel penuh di sini http://telokkemang.blogspot.com/2008/11/sekitar-lawatan-kerja-yb-dato-pada-8.html

Khamis, 3 September 2009

Pasar Awam Nilai ‘tunggu’ peniaga

Sinar Harian 2 Sep 2009

Itu suasana yang dapat dilihat di Pasar Awam Nilai dekat sini apabila bangunan pasar yang dibina dipercayai lima tahun lalu tidak mempunyai peniaga hingga kini.

Biarpun bangunan tersebut disediakan dengan kemudahan lengkap selain kawasan selesa, namun tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi mendapati hanya dua peniaga berada di situ.

Pembantu kedai santan, Azlan Abdullah, 40, berkata, sejak setahun bekerja di situ hanya dia dan seorang peniaga ayam beroperasi di pasar terbabit.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu mengapa pasar tersebut dilihat seperti projek ‘gajah putih’ sedangkan ia jauh lebih selesa berbanding Pasar Awam Nilai Sementara di Semarak Nilai yang dilihat sesak dengan keadaan persekitaran yang kotor.

“Pasar di Semarak penuh walaupun kawasannya sempit dan terletak betul-betul di tepi jalan sehingga menyukarkan orang ramai mencari tempat letak kereta.

“Tidak dinafikan memang ada kemudahan meletak kenderaan di dalam dan di luar pasar, namun biasanya ia penuh dan menyebabkan pengunjung terpaksa meletak kenderaan di sebarang jalan,” katanya.

Peniaga ayam Pang Chee Hui, 35, yang mula berniaga di situ kira-kira setahun lalu bersetuju bahawa sudah tiba masanya peniaga Pasar Awam Sementara berpindah ke Pasar Awam Nilai memandangkan kawasannya lebih selesa.

“Mula-mula pasar dibuka, saya berniaga di sini, tapi tiada orang. Jadi, saya pergi ke Pasar Awam Sementara berniaga di sana, namun saya kembali semula kerana di sana kawasannya agak sesak.

“Memang tidak ramai berkunjung ke sini kerana hanya ada dua peniaga sedangkan di sana, semua barang ada dijual,” katanya.

Namun, Chee Hui bernasib baik kerana mempunyai pelanggan tetap apabila menjadi pembekal ayam kepada perniagaan kedai makan.

Bagaimanapun, mereka tidak menafikan peniaga Pasar Awam Sementara enggan berpindah ke pasar ini memandangkan ia kurang strategik dan agak jauh ke dalam selain bimbang perniagaan terjejas.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3904827.asp

R&R terbiar sarang maksiat

Berita Harian 1 Sep 2009

Hentian Rehat dan Rawat Jalan Tampin-Seremban siap 10 tahun masih kosong

TAMPIN: Projek ‘gajah putih' bukan saja membazirkan wang tetapi juga menyakitkan mata memandang dan merugikan semua pihak yang sepatutnya mendapat manfaat hasil daripada perbelanjaan jutaan dan ratusan ribu ringgit.

Daerah ini tidak sepi daripada isu sedemikian apabila Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Kilometer 2, Jalan Tampin-Seremban, di sini, tersergam kaku dan terbiar walaupun sudah lebih 10 tahun siap dibina.

Entah apa silapnya, R&R yang terletak di lokasi strategik di laluan antara Seremban dan Tampin yang mempunyai enam gerai itu tidak beroperasi walaupun dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tempat meletak kereta serta tandas, taman permainan kanak-kanak dan sebuah surau.

Difahamkan, puluhan peniaga silih berganti menyewa sejak lebih 10 tahun lalu bagi menjalankan perniagaan tetapi mereka hanya mampu bertahan tujuh bulan sebelum menutup premis mereka berikutan tiada pelanggan.

Ada sesetengah pihak mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan kawasan bekas kilang batu milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu ‘keras’ disebabkan ia terletak di kaki bukit kawasan Hutan Simpan Tampin di selatan Banjaran Titiwangsa.

Tinjauan mendapati kawasan R&R itu terbiar dengan sampah-sarap bersepah di sana sini, manakala suis elektrik yang terletak di luar premis sudah ditanggalkan, kemungkinan dicuri.

Keadaan itu menjadi punca pihak yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan belia dan remaja menjadikan tempat itu sebagai 'port' untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral seperti memadu kasih, ponteng dan melepak menghisap rokok.

Seorang kakitangan Majlis Daerah Tampin (MDT) yang enggan dinamakan berkata, dia pernah terserempak dengan sepasang remaja yang sedang ghairah berasmara hingga cuba menanggalkan pakaian mereka.

"Bagaimanapun, hajat mereka itu terencat sebaik menyedari kehadiran saya sebelum mereka pantas melarikan diri," katanya.

Dakwaan kakitangan MDT itu ada kebenarannya kerana pada tahun lalu, polis pernah menahan seorang warga emas selepas menerima aduan daripada seorang pelajar Tingkatan Lima yang mendakwa dirogol oleh pemilik sebuah gerai R&R berkenaan.

Pada awal tahun ini, sepasang remaja yang sedang melakukan aksi terkutuk dalam sebuah tandas di lokasi berkenaan ditangkap oleh bapa saudaranya.

Yang Dipertua MDT, Datuk Mohd Yusof Yunus, berkata pihaknya menyedari mengenai masalah kawasan R&R yang terbiar itu dan sudah mengambil keputusan untuk membaik pulihnya secepat mungkin.

"Malah, kita sudah menerima empat permohonan daripada orang ramai untuk menyewa gerai di kawasan R&R berkenaan untuk menjalankan perniagaan dengan seorang daripada mereka, akan mula operasi awal Oktober ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mencari jalan, termasuk menjalankan pelbagai acara dan program untuk menarik lebih ramai pengunjung singgah di R&R itu supaya ia terus beroperasi dan tidak terbiar menjadi 'gajah putih'.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090901092128/Article/index_html
Sumber : http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/09/gajah-putih-maskot-nsembilan-yang-baru.html

Kerajaan N.Sembilan belanja RM400,000 Beli ULAR

Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan RM 400,000 untuk membeli 29 ekor ular sawa untuk dijadikan tarikan pelancong di Taman Ular , Ulu Bendol. Tapi kebanyakkan ular-ular ini sudah mati setelah 8 bulan Taman Ular ini dibuka.

RM 400,000 baru nak beli ular. Berapa pula belanja membina Taman Ular ? Berapa pula belanja promosi ? Berapa pula belanja majlis perasmian besar-besaran ? Berapa pula belanja beli makanan ular ? Berapa pula gaji pekerja nak jaga ular ? Berapa pula kos pembinaan Taman Ular ? ADUN-ADUN Pakatan Rakyat N.Sembilan kena tanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri nanti.

Kesian mak bapak bawa anak-anak mereka penat mendaki bukit tinggi kononnya nak tengok ular, tapi pulang hampa.

RM 400,000 boleh beli 200 ekor lembu kalau harga lembu seekor RM 2000. Harga ular seekor RM 13,800 (ular import katanya). Lepas ni boleh bisnes ular, lagi untung. Jual kat kerajaan N.Sembilan.

Laporan penuh akhbar The Star
Pythons at park dying off
The STAR 4 Ogos 2008. MOST of the snakes at the python farm in the Ulu Bendul Recreation Park near Seremban have died, barely eight months after the farm was opened, reported Sin Chew Daily.

Unaccustomed to the climate, the imported pythons, including the huge South American python, began to die months ago. Now, the farm has only several local snakes.

A reporter found that five of the eight snake cages in the farm were under renovation while the others contained only a python each.

The RM1mil Taman Ular Sawa, on a 1.6ha land in Jalan Kuala Pilah, was mooted by Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan to boost tourism. It was said to be the first python theme park in the world.

The state government spent RM400,000 to buy 29 pythons.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2008%2F8%2F4%2Fnation%2F21996685
Sumber : http://amkns.blogspot.com/2008/08/kerajaan-nsembilan-belanja-rm400000.html

Stadium Bowling Negeri Sembilan memalukan

Nampaknya kerajaan Negeri Sembilan bukan sahaja tak tahu nak urus Bazaar MAINS di tengah bandar Seremban. Tinjauan terbaru pada 2 Januari 2009 mendapati keadaan Stadium Bowling yang masih baru berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi juga dalam keadaan yang amat menyedihkan dan memalukan.

Apa ke tidaknya , Stadium Bowling ini masih baru lagi, rasanya tak sampai 2 tahun siap selepas sekian lama projek Stadium Bowling inii terbengkalai.

Apabila dah siap begini pula jadinya. Stadium Bowling ini tidak dapat digunakan, ditutup buat sementara waktu.

Apabila ditanya pengawal di Stadium berkenaan, katanya ditutup menunggu pengurusan baru.

Malu sungguh apabila lalu depan Stadium ini yang menjadi laluan utama mereka ke Stadium Paroi, ke Kompleks Renang, ke Masjid Taman Paroi Jaya, ke Kelab Golf. Macamana boleh tak maju Stadium Bowling ini sedangkan ianya laluan utama.

Macam juga Bazaar MAINS , macamana boleh tiada sambutan sedangkan ianya ditengah bandar Seremban.

Nampak sangat pengurusan kerajaan Negeri Sembilan dalam hal-hal begini begitu lemah.

Macamana kita nak elakkan remaja menjadi Mat Rempit jika kemudahan riadah seperti Stadium Bowling ini tidak dapat diuruskan.

Banyak lagi kemudahan awam yang pastinya menggunakan duit rakyat membazir begitu sahaja di Negeri Sembilan ini. Antaranya litar lumba “off road” di Jempol. Kalau lalu nak pergi ke pantai timur pasti dapat kita lihat lagi senario yang memalukan.
Sumber : http://amkns.blogspot.com/2009/01/stadium-bowling-negeri-sembilan.html

Sila lihat kisah berkenaan Bazaar MAINS sebelum ini di pautan di bawah :
http://pasns.blogspot.com/2008/10/pas-mahu-beli-bazaar-mains.html
http://waghih.blogspot.com/2008/10/setiap-bulan-peniaga-bazaar-mains.html

Projek Gerai di Taman Tuanku Jaafar Tidak Digunakan

Saya sempat melawat projek gerai untuk peniaga makanan dan minuman di Taman Tuanku Jaafar berhampiran tapak pasar malam. Projek telah siap tapi tidak dimanafaatkan sekian lamanya. Kenapa peniaga tak mahu berpindah? Apa masalahnya? Rekabentuk gerai ini dan lokasinya yang agak terlalu jauh ke dalam mungkin kurang sesuai untuk peniaga makanan dan minuman. Akhirnya tempat ini jadi tempat anak-anak muda termasuk budak sekolah melepak dan mungkin terlibat dengan kegiatan tidak sihat.Banyak kerosakan berlaku kepada binaan ini, sudah tentu melibatkan kerugian yang besar. Laporan akan dibuat pada pihak yang berkenaan secepat mungkin.

Sumber : http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/05/projek-gerai-di-taman-tuanku-jaafar.html

Apa dah jadi RM6.8 Juta Lapang Sasar Mantin ?

Tak habis-habis projek gajah putih di Negeri Sembilan ni. Yang pasti untung para kontraktor dan mereka yang mendapat komisyen dari projek gajah-gajah putih ini. Yang rugi duit pembayar cukai macam kita ni.

Bayangkan dengan RM 6.8 Juta mungkin boleh membina sebanyak 200 unit rumah kos rendah. Dengan RM 6.8 Juta juga mungkin boleh membaik pulih 20 projek perumahan terbengkalai di Negeri Sembilan ini.

Tapi kini Lapang Sasar (Tempat Latihan atau Pertandingan Menembak) Mantin yang dibina dengan kos RM 6.8 Juta terabai.

Rakyat dialihkan perhatian dengan pelbagai isu yang diperbesar-besarkan seperti isu derhaka, isu anak yang tidak boleh bertukar agama sedangkan rakyat bawahan dari masa ke semasa nasib mereka tidak terbela.

Isu besar yang melanda umat Islam sekarang ini ialah isu akidah, isu akhlak, isu gejala sosial, isu maksiat, isu dadah.

Isu besar yang melanda rakyat Malaysia tidak kira apa anutan agama ialah isu pengangguran, kos kenaikan harga barang, isu perumahan untuk semua, isu jenayah, isu rompakan, isu rogol dan sebagainya.

*************************
Saturday, January 31, 2009
LAPANG SASAR MANTIN BERNILAI RM6.8 JUTA TERABAI?

SEREMBAN, 1 Feb-- Bukit Mantin kembali sepi. Tiada lagi bunyi ledakan memecah keheningan rimbanya setelah kompleks lapang sasar menembak bernilai RM6.8 juta yang dibina sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2004 terbiar lapuk tanpa penyenggaraan.

Tinjauan Bernama di kompleks itu, yang terletak di Kilometer 10 Jalan Seremban-Mantin, mendapati banyak kerosakan berlaku selepas tidak diselenggara untuk manfaat sukan menembak.

Biarpun kelihatan gah dari luar, keadaan di dalam kompleks antaranya lapang sasar bagi 25 dan 50 meter, lapang sasar elektronik, bilik rehat dan surau dipenuhi sampah sarap manakala beberapa dinding sasar pecah.

Hanya seorang pengawal keselamatan kelihatan mengawasi kompleks.

Selepas beberapa pertanyaan melalui telefon dengan beberapa pihak, difahamkan lapangan sasar tersebut sebelum ini sekadar digunakan sebagai venue latihan dan pertandingan menembak oleh Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rela.

Selepas berakhirnya Sukma, tanggungjawab untuk menyenggara kompleks itu terletak di bahu Majlis Perbandaran Nilai.

"Penyenggaraan hanya dilakukan jika terdapat tempahan. Kali terakhir kompleks ini digunakan ialah pada awal September lepas oleh peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Ulu Pari, Rembau," kata seorang pegawai majlis itu yang tidak mahu dikenali.
Menurutnya tiada atlet menembak menggunakan kemudahan itu sejak Sukma 2004.

BERNAMA
http://bernama.com.my/bernama/v5/newssport.php?id=386959
http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2009/01/lapang-sasar-mantin-bernilai-rm68-juta.html

Sumber : http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/05/apa-dah-jadi-rm68-juta-lapang-sasar.html

Keluhan Peniaga Melayu Bandar Seremban

Kompleks Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) mula beroperasi pada tahun 2005. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Dato Abdul Rahman. Kompleks Bazaar MAINS ini adalah merupakan bangunan dua tingkat terdiri dari 52 lot kedai yang menempatkan 31 lot kedai di tingkat atas dan 21 lot kedai di tingkat bawah.

Waktu perniagaan kompleks ini ialah 7 hari seminggu , bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kebanyakan peniaga di sini ialah peniaga Melayu yang menjalankan perniagaan barang perhiasan , perkahwinan , kecantikan, kesihatan , pakaian dan sebagainya.

Beberapa peniaga di sini mengeluh akan sambutan pengunjung ke Bazaar MAINS ini. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti menyebabkan kekurangan pengunjung ke kompleks ini ialah kurangnya promosi serta usaha bersepadu dari semua pihak untuk menggalakkan pengunjung terutama orang Melayu untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan di kompleks ini.

Walaupun Bazaar MAINS ini terletak di pusat bandar Seremban , namun ianya boleh dikatakan tidak strategik untuk peniaga Melayu atas beberapa faktor antaranya ialah ianya berada di kawasan kepadatan penduduk bukan Melayu , di kelilingi premis perniagaan bukan Melayu , tidak berhampiran dengan stesen bas , tempat letak kereta yang amat terhad terutamanya pada hari bekerja.

Justeru itu antara cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak pengurusan Bazaar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan kerajaan negeri untuk merancakkan Kompleks Kompleks Bazaar MAINS ini ialah:

1. Mewujudkan laman web khusus untuk Kompleks Bazaar MAINS. Laman web ini haruslah mempunyai maklumat seperti ; Direktori para peniaga dan jenis perniagaan yang ada di sini ; Bilangan premis yang masih kosong serta kadar sewanya ; Nama, e-mel dan nombor untuk dihubungi untuk disewa.
2. Hubungkan laman web ini dengan laman web kerajaan negeri, agensi kerajaan , Jabatan Agama , Majlis Agama , Dewan Perniagaan Melayu , Majlis Perbandaran Seremban dan sebagainya.
3. Mencetak direktori peniaga di Kompleks Bazaar MAINS dan edarkan di taman-taman perumahan , masjid-masjid , surau-surau , pejabat kerajaan , balairaya dan sebagainya.
4. Mengadakan lebih banyak pejabat urusan kepentingan orang ramai terutama di tingkat 1 , seperti permohonan bantuan Baitul Mal , khidmat kaunseling , bantuan pinjaman perniagaan MAINS dan sebagainya.
5. Mengadakan kursus, bengkel, seminar anjuran Jabatan Agama, Majlis Agama di Bazaar MAINS
6. Menggalakkan peniaga mengadakan promosi atau Majlis Agama mengadakan hari bersama pelanggan pada hari Sabtu dan Ahad kerana lebih mudah untuk mendapat tempat letak kereta pada hujung minggu di bandar Seremban.

Kalau bukan kita yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan Majlis Agama yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan kerajaan negeri yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan Dewan Perniagaan Melayu yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ? Kalau bukan media cetak Bahasa Melayu yang hendak membantu peniaga Melayu , siapa lagi ?

Banyak pihak yang ingin menjadi jagoan membela nasib orang Melayu , tetapi mereka tidak sedar Melayu di keliling mereka memerlukan bantuan.

Sumber : http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html

APA SUDAH JADI

Kuala Parit, Terachi: Jika kita menyusuri laluan utama jalan Seremban-Kuala Pilah kita akan dapat melihat satu lokasi Perkampungan Budaya Terachi yang dibina di atas sebidang tanah sawah dengan menempatkan beberapa bangunan bercirikan rumah tradsional masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Sejak dari mula pembinaannya sehingga kini bolehlah diketegorikan sebagai satu projek yang gagal sama sekali. Projek ini pada awalnya mendapat tentangan dari pelbagai pihak seperti waris-waris tanah dan juga ketua-ketua adat kerana ianya terletak didalam tanah dat, namun pembinaannya tetap juga diteruskan.

Sehingga kini tidak ada satu pun program yang bercirikan kebudayaan adat perpatih yang kekal dianjurkan di Perkampungan Budaya ini. Walaupun tempat ini telah siap dibaikpulih beberapa bulan yang lalu, namun ianya masih belum dihuni lagi sehingga ke hari ini. Yang menjadi persolaannya, apakah tempat ini akan terbiar begitu sahaja?, ataupun ianya hanya dibaikpulih untuk memberi keuntungan kepada pihak-pihak yang terbabit sahaja?.

Diharap pihak yang berwajib dapat memikirkan dan melaksanakan aktiviti yang sesuai di kawasan ini supaya ianya tidak berkubur begitu sahaja. Ada juga cadangan daripada penduduk sekitarnya supaya mewujudkan tempat riadah seperti membina kolam pancing yang berkonsepkan rumah terapung, membina chalet untuk pengunjung yang ingin bercuti sambil melawat Bandar Diraja Seri Menanti ataupun berkelah di Ulu Bendul. Selain itu, tempat ini juga boleh dijadikan salah satu "venue" bagi sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri sembilan seperti acara sukan rakyat, pertandingan memasak dan sebagainya. Sebelum itu, kawasan ini merupakan pusat perjumpaan bagi belia Kg. Kuala Parit dan juga belia di sekitarnya berbincang dan bermensyuarat untuk mengadakan program-program pembangunan bagi anak-anak muda disekitar kawasan ini supaya menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat anjuran pihak Belia.Penutupan Perkampungan Budaya yang terlalu lama ini dilihat telah memberi kesukaran terutamanya kepada peniaga, belia-belia kampung dan penduduk disekitar untuk mencari rezeki serta bersosial dengan masyarakat sekitar. Selain itu, Penduduk di kawasan ini juga berharap semoga tidak ada lagi aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan kebaikan tempat ini seperti "Fun Fair" dan sebagainya. Tindakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang membawa masuk "Fun Fair" di Perkampungan Budaya ini suatu ketika dahulu telah membawa kerosakan budaya kepada penduduk-penduduk sekitar kerana ianya jelas tidak bersesuaian dengan konsep yang ada pada Perkampungan Budaya Terachi ini.

Sumber : http://koloparit.blogspot.com/
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/02/apa-sudah-jadi.html

Apa Dah Jadi????

Dewan orang ramai Kampung Pelangai adalah dewan yg terawal didirikan oleh kerajaan

pada pertengahan 80 an. Terbinanya, atas keperihatinan orang2 kg dengan kerjasama ADUN Dato' Mohamad ketika itu. Lokasinya ditepi jalan dari Kg Pelangai menuju ke Kg Juasseh Tengah dan Pasir Ambor. Boleh menampung hampir 1000 orang dan kawasan letak kereta yg agak luas di samping persekitaran luar boleh didirikan 6 kemah 20 kaki X 20 kaki. Dewan ini adalah satu2nya dewan kebanggaan orang2 kg yg di aktifkankan dgn pelbagai aktiviti kemasyrakatan yg merangkumi Kg Jemapoh, Pelangai, Gentam dan Juasseh. Sewaktu malam, para remaja berkumpul bermain Takraw dan Badminton. Hampir setiap minggu belia dan beliawanis mengadakan pertandingan Gubahan, Kebudayaan, Sukan, dan lain2. Pegawai kerajaan daerah dan Negeri sering berkunjung untuk membawa dasar2 kerajaan di samping mendengar dan berkongsi pandangan bersama2 orang2 kampung ketika itu. Tidak ada lansung bendera parti di kibarkan. Memandangkan dewan ini bukanlah milik parti tetapi ianya boleh di meriahkan dan di semarakan oleh semua persatuan untuk kegunaan yg menafaat. Tapi kini......... Cubalah kita sama2 perhatikan gambar ini atau untuk lebih jelas, lawat dan kunjunglah dewan ini. Suram, hambar dan segala usha orang2 kg kampung sebelum ini, tinggal kenangan. Keriuhan anak 2 muda dengan aktiviti2 sukan, hanya menjadi bualan cerita2 lama. Kawasan dewan telah ditutupi dengan belukar manakala bangunannya telah banyak yg rosak. Berdirinya dewan ini sekarang, hanyalah untuk penagih2 dadah dan aktiviti2 yg tidak sihat. Mana Ahli Parlimen Hassan Malek?? Mana wakil belia??? Mana wakil rakyat kawasan ??? dan mana ahli2 JKKK??? atau Mana badan yg sewajibnya untuk mentadbir selia dewan ini. Adakah bila bertukar sahaja wakil2 rakyat UMNO ini, apa jugak peninggalan sebelum ini, wajib di biarkan dan di bina satu lagi projek yg sama dengan kos yg baru. Dengan itu bolehlah di laung2kan kepada penduduk2 kampung, satu lagi projek BN telah di laksanakan atas keperhatinan wakil2 rakyat yg membela rakyat?? Ingat!!! dana yg di keluarkan adalah dana rakyat, yg perlu di belanjakan secara berhemah dan bukan pembaziran. Jelas, dana2 ini sengajakan di keluarkan untuk menampung kroni2 dan juak2. Selepas siap sahaja segala projek, pasti di tinggalkan tanpa memikirkan apakah ianya perlu di bina lagi tanpa mempersiapkan satu struktur pemantauan pentadbiran dengan penubuhan organisasi2 ahli jawatankuasa. Lebih malang ianya sanggup hancur dan ranap dari di meriahkan dgn aktiviti2 oleh orang2 atau persatuan2 yg kononya tidak sebulu dgn wakil2 rakyat. Begitulah sistem yg di susun oleh wakil2 rakyat UMNO masa kini yg cukup sinonim hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Retorik.... negara akan tergadai kiranya Pakatan Rakyat memerintah, cuma unggutan yg lansung tidak berhemah. Tanah2 melayu yg di hadiahkan kepada orang2 UMNO, banyak di jual kepada bangsa2 lain. Apa jadi Pekan Batu Kikir, apa jadi hutan balak Jempol, Siapa kontraktor Uitm Parit Tinggi? dan siapa yg berkuasa kepada Wilayah Iskandar? Kuasa politik yg ada, cuma untuk merembat sebanyak mungkin kazanah negara dan membuat pertukaran yg pantas dengan menjual projek, lesen dan apa sahaja yg boleh untuk mempercepatkan urusniaga. Kerana UMNO itu tidak pernah lagi membentuk jati diri dan kekuatan asas seperti bangsa2 lain. Selagi UMNO mentadbir, beginilah anak2 Melayu. Yang bijak tidak mahu sampai sebijak Hang Nadim menyelamatkan Singapura di langgar todak.

Sumber : http://jemapohku.blogspot.com/2008/10/apa-dah-jadi.html

Apa Dah Jadi????

Dewan orang ramai Kampung Pelangai adalah dewan yg terawal didirikan oleh kerajaan

pada pertengahan 80 an. Terbinanya, atas keperihatinan orang2 kg dengan kerjasama ADUN Dato' Mohamad ketika itu. Lokasinya ditepi jalan dari Kg Pelangai menuju ke Kg Juasseh Tengah dan Pasir Ambor. Boleh menampung hampir 1000 orang dan kawasan letak kereta yg agak luas di samping persekitaran luar boleh didirikan 6 kemah 20 kaki X 20 kaki. Dewan ini adalah satu2nya dewan kebanggaan orang2 kg yg di aktifkankan dgn pelbagai aktiviti kemasyrakatan yg merangkumi Kg Jemapoh, Pelangai, Gentam dan Juasseh. Sewaktu malam, para remaja berkumpul bermain Takraw dan Badminton. Hampir setiap minggu belia dan beliawanis mengadakan pertandingan Gubahan, Kebudayaan, Sukan, dan lain2. Pegawai kerajaan daerah dan Negeri sering berkunjung untuk membawa dasar2 kerajaan di samping mendengar dan berkongsi pandangan bersama2 orang2 kampung ketika itu. Tidak ada lansung bendera parti di kibarkan. Memandangkan dewan ini bukanlah milik parti tetapi ianya boleh di meriahkan dan di semarakan oleh semua persatuan untuk kegunaan yg menafaat. Tapi kini......... Cubalah kita sama2 perhatikan gambar ini atau untuk lebih jelas, lawat dan kunjunglah dewan ini. Suram, hambar dan segala usha orang2 kg kampung sebelum ini, tinggal kenangan. Keriuhan anak 2 muda dengan aktiviti2 sukan, hanya menjadi bualan cerita2 lama. Kawasan dewan telah ditutupi dengan belukar manakala bangunannya telah banyak yg rosak. Berdirinya dewan ini sekarang, hanyalah untuk penagih2 dadah dan aktiviti2 yg tidak sihat. Mana Ahli Parlimen Hassan Malek?? Mana wakil belia??? Mana wakil rakyat kawasan ??? dan mana ahli2 JKKK??? atau Mana badan yg sewajibnya untuk mentadbir selia dewan ini. Adakah bila bertukar sahaja wakil2 rakyat UMNO ini, apa jugak peninggalan sebelum ini, wajib di biarkan dan di bina satu lagi projek yg sama dengan kos yg baru. Dengan itu bolehlah di laung2kan kepada penduduk2 kampung, satu lagi projek BN telah di laksanakan atas keperhatinan wakil2 rakyat yg membela rakyat?? Ingat!!! dana yg di keluarkan adalah dana rakyat, yg perlu di belanjakan secara berhemah dan bukan pembaziran. Jelas, dana2 ini sengajakan di keluarkan untuk menampung kroni2 dan juak2. Selepas siap sahaja segala projek, pasti di tinggalkan tanpa memikirkan apakah ianya perlu di bina lagi tanpa mempersiapkan satu struktur pemantauan pentadbiran dengan penubuhan organisasi2 ahli jawatankuasa. Lebih malang ianya sanggup hancur dan ranap dari di meriahkan dgn aktiviti2 oleh orang2 atau persatuan2 yg kononya tidak sebulu dgn wakil2 rakyat. Begitulah sistem yg di susun oleh wakil2 rakyat UMNO masa kini yg cukup sinonim hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Retorik.... negara akan tergadai kiranya Pakatan Rakyat memerintah, cuma unggutan yg lansung tidak berhemah. Tanah2 melayu yg di hadiahkan kepada orang2 UMNO, banyak di jual kepada bangsa2 lain. Apa jadi Pekan Batu Kikir, apa jadi hutan balak Jempol, Siapa kontraktor Uitm Parit Tinggi? dan siapa yg berkuasa kepada Wilayah Iskandar? Kuasa politik yg ada, cuma untuk merembat sebanyak mungkin kazanah negara dan membuat pertukaran yg pantas dengan menjual projek, lesen dan apa sahaja yg boleh untuk mempercepatkan urusniaga. Kerana UMNO itu tidak pernah lagi membentuk jati diri dan kekuatan asas seperti bangsa2 lain. Selagi UMNO mentadbir, beginilah anak2 Melayu. Yang bijak tidak mahu sampai sebijak Hang Nadim menyelamatkan Singapura di langgar todak.

Sumber : http://jemapohku.blogspot.com/2008/10/apa-dah-jadi.html

Beberapa projek gajah putih

Dewan dan projek terbiar di Negeri Sembilan
http://kopilah.blogspot.com/2009/06/projek-terbiar.html

Jejantas pekan Kuala Pilah
http://kopilah.blogspot.com/2009/07/projek-gajah-putih.html

Pasar Besar Negeri Sembilan (NS Central Market)

Soalan Lisan 2:

Pasar Besar Negeri Sembilan (NS Central Market) yang dibina di kawasan Bukit Kepayang mula beroperasi pada tahun 2005, kini ia semakin malap ekoran kegagalan menarik pengunjung yang ramai. Hanya Seremban Siew Pau Sdn Bhd di tingkat bawah yang dapat menarik pengunjung. Sebaliknya tingkat 1 dan 2 hampir tiada urusan perniagaan. Walaupun pasar ini dibina dan dibangunkan oleh pihak swasta, tetapi kerajaan yang memberikan kelulusan pembinaan juga tidak harus lari daripada tanggungjawab sosialnya. Saya percaya ketiadaan rangkaian sistem pengangkutan awam merupakan punca utama kegagalan pasar ini menarik pengunjung. Saya ingin tahu:

a) Apakah yang bakal dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Seremban untuk mengelakkan pasar besar ini terus menjadi ‘gajah putih’?

b) Apakah ada perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam iaitu rangkaian bas dan teksi dari kawasan perumahan sekitar Seremban 2, Oakland, Mambau, Bukit Chedang dan Jalan Labu ke lokasi pasar ini?
Sumber : http://dapcha.blogspot.com/2008/11/soalan-soalan-lisan-adun-bukit-kepayang.html