Selasa, 8 Mac 2011

Sudah jadi projek ‘gajah putih’


Sudah jadi projek ‘gajah putih’
Sinar Harian 8 Mac 2011

PASIR BESAR – Rata-rata penduduk dekat sini, mendakwa kemudahan Perhentian Bas Pasir Besar tidak berfungsi sewajarnya dan projek berkenaan boleh diibaratkan sebagai projek ‘gajah putih’.

Timbalan Ketua PKR Cabang Tampin, Hashim Othman berkata, kegusaran itu timbul berikutan pengangkutan awam seperti bas dan teksi hanya sekadar menurunkan penumpang di tepi jalan utama sahaja.

Menurutnya, atas dasar itu, dia amat berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menilai kembali kewajaran kemudahan berkenaan bagi mengelak ia terus dianggap sebagai pembaziran.

“Oleh itu, kita harap agar ada usaha untuk menghidupkan kembali lokasi ini dan ia dapat berfungsi sebaik mungkin dan bukan hanya terbiar begitu sahaja sehingga mengundang pelbagai rasa tidak puas hati sesetengah masyarakat.

“Bahkan, jika boleh, aktiviti pasar malam pada setiap minggu dapat diubah lokasinya ke perhentian bas ini bagi memastikan kemudahan ini dapat dimanfaatkan pada setiap masa dan bukan hanya pada musim ekspo atau sepanjang Ramadhan sahaja,” katanya ketika ditemui di lokasi dimaksudkan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8843485.asp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan