Khamis, 3 September 2009

Apa dah jadi RM6.8 Juta Lapang Sasar Mantin ?

Tak habis-habis projek gajah putih di Negeri Sembilan ni. Yang pasti untung para kontraktor dan mereka yang mendapat komisyen dari projek gajah-gajah putih ini. Yang rugi duit pembayar cukai macam kita ni.

Bayangkan dengan RM 6.8 Juta mungkin boleh membina sebanyak 200 unit rumah kos rendah. Dengan RM 6.8 Juta juga mungkin boleh membaik pulih 20 projek perumahan terbengkalai di Negeri Sembilan ini.

Tapi kini Lapang Sasar (Tempat Latihan atau Pertandingan Menembak) Mantin yang dibina dengan kos RM 6.8 Juta terabai.

Rakyat dialihkan perhatian dengan pelbagai isu yang diperbesar-besarkan seperti isu derhaka, isu anak yang tidak boleh bertukar agama sedangkan rakyat bawahan dari masa ke semasa nasib mereka tidak terbela.

Isu besar yang melanda umat Islam sekarang ini ialah isu akidah, isu akhlak, isu gejala sosial, isu maksiat, isu dadah.

Isu besar yang melanda rakyat Malaysia tidak kira apa anutan agama ialah isu pengangguran, kos kenaikan harga barang, isu perumahan untuk semua, isu jenayah, isu rompakan, isu rogol dan sebagainya.

*************************
Saturday, January 31, 2009
LAPANG SASAR MANTIN BERNILAI RM6.8 JUTA TERABAI?

SEREMBAN, 1 Feb-- Bukit Mantin kembali sepi. Tiada lagi bunyi ledakan memecah keheningan rimbanya setelah kompleks lapang sasar menembak bernilai RM6.8 juta yang dibina sempena Sukan Malaysia (Sukma) 2004 terbiar lapuk tanpa penyenggaraan.

Tinjauan Bernama di kompleks itu, yang terletak di Kilometer 10 Jalan Seremban-Mantin, mendapati banyak kerosakan berlaku selepas tidak diselenggara untuk manfaat sukan menembak.

Biarpun kelihatan gah dari luar, keadaan di dalam kompleks antaranya lapang sasar bagi 25 dan 50 meter, lapang sasar elektronik, bilik rehat dan surau dipenuhi sampah sarap manakala beberapa dinding sasar pecah.

Hanya seorang pengawal keselamatan kelihatan mengawasi kompleks.

Selepas beberapa pertanyaan melalui telefon dengan beberapa pihak, difahamkan lapangan sasar tersebut sebelum ini sekadar digunakan sebagai venue latihan dan pertandingan menembak oleh Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Rela.

Selepas berakhirnya Sukma, tanggungjawab untuk menyenggara kompleks itu terletak di bahu Majlis Perbandaran Nilai.

"Penyenggaraan hanya dilakukan jika terdapat tempahan. Kali terakhir kompleks ini digunakan ialah pada awal September lepas oleh peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Ulu Pari, Rembau," kata seorang pegawai majlis itu yang tidak mahu dikenali.
Menurutnya tiada atlet menembak menggunakan kemudahan itu sejak Sukma 2004.

BERNAMA
http://bernama.com.my/bernama/v5/newssport.php?id=386959
http://kerajaanrakyat-news.blogspot.com/2009/01/lapang-sasar-mantin-bernilai-rm68-juta.html

Sumber : http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/05/apa-dah-jadi-rm68-juta-lapang-sasar.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan