Khamis, 3 September 2009

Stadium Bowling Negeri Sembilan memalukan

Nampaknya kerajaan Negeri Sembilan bukan sahaja tak tahu nak urus Bazaar MAINS di tengah bandar Seremban. Tinjauan terbaru pada 2 Januari 2009 mendapati keadaan Stadium Bowling yang masih baru berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi juga dalam keadaan yang amat menyedihkan dan memalukan.

Apa ke tidaknya , Stadium Bowling ini masih baru lagi, rasanya tak sampai 2 tahun siap selepas sekian lama projek Stadium Bowling inii terbengkalai.

Apabila dah siap begini pula jadinya. Stadium Bowling ini tidak dapat digunakan, ditutup buat sementara waktu.

Apabila ditanya pengawal di Stadium berkenaan, katanya ditutup menunggu pengurusan baru.

Malu sungguh apabila lalu depan Stadium ini yang menjadi laluan utama mereka ke Stadium Paroi, ke Kompleks Renang, ke Masjid Taman Paroi Jaya, ke Kelab Golf. Macamana boleh tak maju Stadium Bowling ini sedangkan ianya laluan utama.

Macam juga Bazaar MAINS , macamana boleh tiada sambutan sedangkan ianya ditengah bandar Seremban.

Nampak sangat pengurusan kerajaan Negeri Sembilan dalam hal-hal begini begitu lemah.

Macamana kita nak elakkan remaja menjadi Mat Rempit jika kemudahan riadah seperti Stadium Bowling ini tidak dapat diuruskan.

Banyak lagi kemudahan awam yang pastinya menggunakan duit rakyat membazir begitu sahaja di Negeri Sembilan ini. Antaranya litar lumba “off road” di Jempol. Kalau lalu nak pergi ke pantai timur pasti dapat kita lihat lagi senario yang memalukan.
Sumber : http://amkns.blogspot.com/2009/01/stadium-bowling-negeri-sembilan.html

Sila lihat kisah berkenaan Bazaar MAINS sebelum ini di pautan di bawah :
http://pasns.blogspot.com/2008/10/pas-mahu-beli-bazaar-mains.html
http://waghih.blogspot.com/2008/10/setiap-bulan-peniaga-bazaar-mains.html

1 ulasan:

  1. ape la bangang ko ni...yg kali buat laporan pastikan reserch dilakukan..pusat bowling tu hak milik individu....bkn kerajaan negeri punya ataupun PBT...individu tersebut diistihar muflis oleh bank...jadi pusat bowling tersebut dilelong...so kena tunggu la pengurusan baru take over pusat boling tersebut

    BalasPadam