Khamis, 3 September 2009

Pasar Besar Negeri Sembilan (NS Central Market)

Soalan Lisan 2:

Pasar Besar Negeri Sembilan (NS Central Market) yang dibina di kawasan Bukit Kepayang mula beroperasi pada tahun 2005, kini ia semakin malap ekoran kegagalan menarik pengunjung yang ramai. Hanya Seremban Siew Pau Sdn Bhd di tingkat bawah yang dapat menarik pengunjung. Sebaliknya tingkat 1 dan 2 hampir tiada urusan perniagaan. Walaupun pasar ini dibina dan dibangunkan oleh pihak swasta, tetapi kerajaan yang memberikan kelulusan pembinaan juga tidak harus lari daripada tanggungjawab sosialnya. Saya percaya ketiadaan rangkaian sistem pengangkutan awam merupakan punca utama kegagalan pasar ini menarik pengunjung. Saya ingin tahu:

a) Apakah yang bakal dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Seremban untuk mengelakkan pasar besar ini terus menjadi ‘gajah putih’?

b) Apakah ada perancangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam iaitu rangkaian bas dan teksi dari kawasan perumahan sekitar Seremban 2, Oakland, Mambau, Bukit Chedang dan Jalan Labu ke lokasi pasar ini?
Sumber : http://dapcha.blogspot.com/2008/11/soalan-soalan-lisan-adun-bukit-kepayang.html

2 ulasan:

  1. bila lah pasar besar seremban dua beroperasi...kesian kepada pembeli lot lot kedai terpaksa membayar wang pengurusan kepada IJM

    BalasPadam
  2. Kerajaan Negeri pikir poket sendiri je..Mana dia nak kisah pembeli lot semua tuh..Janji poket diaorg dan kaum keluarga penuh apa diaorang peduli

    BalasPadam