Khamis, 3 September 2009

APA SUDAH JADI

Kuala Parit, Terachi: Jika kita menyusuri laluan utama jalan Seremban-Kuala Pilah kita akan dapat melihat satu lokasi Perkampungan Budaya Terachi yang dibina di atas sebidang tanah sawah dengan menempatkan beberapa bangunan bercirikan rumah tradsional masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Sejak dari mula pembinaannya sehingga kini bolehlah diketegorikan sebagai satu projek yang gagal sama sekali. Projek ini pada awalnya mendapat tentangan dari pelbagai pihak seperti waris-waris tanah dan juga ketua-ketua adat kerana ianya terletak didalam tanah dat, namun pembinaannya tetap juga diteruskan.

Sehingga kini tidak ada satu pun program yang bercirikan kebudayaan adat perpatih yang kekal dianjurkan di Perkampungan Budaya ini. Walaupun tempat ini telah siap dibaikpulih beberapa bulan yang lalu, namun ianya masih belum dihuni lagi sehingga ke hari ini. Yang menjadi persolaannya, apakah tempat ini akan terbiar begitu sahaja?, ataupun ianya hanya dibaikpulih untuk memberi keuntungan kepada pihak-pihak yang terbabit sahaja?.

Diharap pihak yang berwajib dapat memikirkan dan melaksanakan aktiviti yang sesuai di kawasan ini supaya ianya tidak berkubur begitu sahaja. Ada juga cadangan daripada penduduk sekitarnya supaya mewujudkan tempat riadah seperti membina kolam pancing yang berkonsepkan rumah terapung, membina chalet untuk pengunjung yang ingin bercuti sambil melawat Bandar Diraja Seri Menanti ataupun berkelah di Ulu Bendul. Selain itu, tempat ini juga boleh dijadikan salah satu "venue" bagi sambutan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri sembilan seperti acara sukan rakyat, pertandingan memasak dan sebagainya. Sebelum itu, kawasan ini merupakan pusat perjumpaan bagi belia Kg. Kuala Parit dan juga belia di sekitarnya berbincang dan bermensyuarat untuk mengadakan program-program pembangunan bagi anak-anak muda disekitar kawasan ini supaya menyertai aktiviti-aktiviti yang sihat anjuran pihak Belia.Penutupan Perkampungan Budaya yang terlalu lama ini dilihat telah memberi kesukaran terutamanya kepada peniaga, belia-belia kampung dan penduduk disekitar untuk mencari rezeki serta bersosial dengan masyarakat sekitar. Selain itu, Penduduk di kawasan ini juga berharap semoga tidak ada lagi aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan kebaikan tempat ini seperti "Fun Fair" dan sebagainya. Tindakan dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang membawa masuk "Fun Fair" di Perkampungan Budaya ini suatu ketika dahulu telah membawa kerosakan budaya kepada penduduk-penduduk sekitar kerana ianya jelas tidak bersesuaian dengan konsep yang ada pada Perkampungan Budaya Terachi ini.

Sumber : http://koloparit.blogspot.com/
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/02/apa-sudah-jadi.html

1 ulasan:

  1. SALAM BRO, TOMPEK NI EDEN RASO ELOK BUEK SUDUT PIDATO DAN TOMPEK CERAMAH BEBAS KOK DIKONOKAN BAYARAN OLEH MAJLIS DAERAH KUALA PILAH PON TAK APO, PALING TIDAK MENAFAAT EH LEH DAPEK GAK ORANG KG SEKITAR MENIAGO MENAMBAHKAN SUMBER PENDAPATAN MACAM UPTOWN ATAU SATU LAGI PRODUK PELANCUNGAN N.S, EDEN YAKIN PASTI TOMPEK NI AKAN JADI POPULA. KOK PAYAH SANGA DISWASTAKAN TOMPEK INI INI MANGKOK MANGKON YANG ADO NAK HARAP SUBSIDI SAMPAI BILO.....

    BalasPadam